Kerajaan Akan Segerakan Mekanisme Naik Taraf Lesen Motosikal Secara Automatik

22 Jan 2024 • 4:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan akan segerakan mekanisme pelaksanaan naik taraf lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan Kosmo, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum pelaksaaan itu dimuktamadkan.

Kerajaan segerakan mekanisme naik taraf lesen motosikal

image is not available

Ujarnya lagi, pelaksanaan itu akan melibatkaan perbincangan antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Apa yang kami bincangkan tadi, ada tempoh tertentu daripada segi umur iaitu pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas.

“Keduanya, individu juga perlu memegang lesen B2 untuk satu tempoh yang tertentu, baru layak untuk mendapat ‘B full’.

“Perkara ini kita akan muktamadkan bila mesyuarat dengan JPJ dan JSPT,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia di sini, hari ini.

image is not available

Pada Ogos 2023, Ahmad Zahid mencadangkan supaya lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik.

Sumber: Kosmo (Mohd Husni Mohd Noor)