Kerajaan Akan Teliti Kewajaran Indonesia Kekang TikTok Shop Sebelum Mengambil Sebarang Langkah Di Malaysia

TechnologyDigital
7 Oct 2023 • 8:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak minggu ini, Indonesia telah mengharamkan integrasi edagang pada media sosial – sekaligus membuatkan TikTok Shop tidak lagi boleh beroperasi di negara berkenaan. Selari dengannya, timbul pelbagai persoalan sama ada negara lain, termasuk Malaysia akan mengambil langkah sama atau sebaliknya.

Bercakap mengenainya, Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kerajaan akan teliti asas yang diambil Indonesia dalam mengekang TikTok Shop – sebelum sebarang perkara dirangka yang bersesuaian di Malaysia.

image is not available

Ia turut dikongsikan, sejumlah pihak telah mengadu kepada kementerian, terutamanya melibatkan persaingan harga melampau pada platform TikTok Shop berkenaan.

Di Indonesia, TikTok Shop diharamkan disebabkan beberapa perkara, termasuk melibatkan persaingan harga yang memberi kesan kepada ekonomi tempatan, disamping pada masa yang sama melibatkan data peribadi pengguna yang berbelanja di platform berkenaan.

Pada perkongsian sama, menteri turut menyatakan tidak berpuas hati dengan pihak TikTok yang sangat lembap – sekaligus membawa kepada penularan berita palsu dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved