Pada pelbagai telefon pintar moden hari ini, ia hadir dengan sokongan sistem notifikasi kecemasan – dimana ia sering digunakan oleh beberapa negara untuk pemakluman amaran, seperti gempa bumi. Terbaru, Menteri Komunikasi menyatakan kerajaan akan teliti penggunaan sistem berkenaan untuk pemakluman amaran banjir.

Langkah ini dilihat lebih efisien berbanding penggunaan SMS atau siren. Kebiasaannya, melalui sistem notifikasi kecemasan, ia akan memaparkan notifikasi terus pada skrin pengguna, tanpa perlu membuka sebarang aplikasi. Amaran akan dipaparkan terus pada skrin, sekaligus membolehkan pengguna berdekatan membuat persediaan sepatutnya.
Menteri menyatakan akan berbincang dengan SKMM berkenaan apa yang boleh dilakukan oleh syarikat telekomunikasi dalam membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara dan juga Jabatan Meteorologi Malaysia berkaitan perkara ini.

