Kerajaan akan terus pantau! Kekal lindungi rakyat walau harga minyak global naik – MoF

LocalPolitics
29 Mar 2026 • 2:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan menegaskan komitmennya untuk terus melindungi rakyat serta memastikan kestabilan harga barangan, walaupun harga minyak global meningkat susulan konflik di Asia Barat.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata, langkah itu dilaksanakan melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang menyediakan subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu.

“Langkah ini membantu agar kos pengangkutan terkawal dan harga barangan kekal stabil.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan global dan mengambil pendekatan berhemah demi melindungi kesejahteraan rakyat,” kata MoF menerusi hantaran di Facebook hari ini.

image is not available

image is not available

Dalam hantaran sama, kementerian itu turut berkongsi infografik yang menunjukkan harga runcit petrol bersubsidi di bawah SKPS bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan dikekalkan pada RM2.05 seliter.

Artikel lain:  PM Anwar minta rakyat bertenang, masalah minyak tak serumit negara sekeliling

Bagi SKDS pula, harga runcit diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan darat awam kekal pada RM1.88 seliter manakala bagi sektor pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.15 seliter.

image is not available

image is not available

Selain itu, sebanyak 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan dilindungi di bawah pelaksanaan ini melalui penggunaan fleet card diesel, memastikan subsidi sampai kepada pihak yang memerlukan.

Sumber: FB Kementerian Kewangan