Kerajaan Akhirnya Perkenal Passport Bateri Untuk EV

LocalCars
17 Nov 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan akhirnya memperkenalkan standard pasport bateri kenderaan elektrik yang  pertama di ASEAN, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata standard baharu itu berfungsi sebagai rekod digital menyeluruh, merangkumi maklumat sepanjang kitar hayat bateri xEV daripada pengeluaran, penggunaan, sehinggalah pelupusan.

image is not available

“Standard perubahaan produk EV memang kerap dan cepat. Dengan standard yang kita lancarkan, kita akan mengupayakan ekosistem yang lebih sempurna dan membantu adaptasi dalam ekosistem EV,” katanya kepada pemberita.

Langkah itu dijangka meningkatkan ketelusan, memudahkan jejak bateri dikesan, serta menyokong kelestarian industri EV negara, sekali gus menyumbang kepada komitmen Malaysia dalam mengurangkan pelepasan karbon.

image is not available

Dalam majlis yang sama, beberapa standard kebangsaan untuk sektor makanan turut dilancarkan, antaranya MS 1480 (Keselamatan makanan berasaskan sistem HACCP) (semakan ketiga), MS 2683 (Spesifikasi madu kelulut terdehidrasi) dan MS 2782 (Spesifikasi madu lebah Apis).

Pelaksanaan standard tersebut bertujuan memastikan produk Malaysia memenuhi tahap keselamatan dan kualiti antarabangsa.