Kerajaan bantu bawa pulang 36 jemaah umrah terkandas - Zulkifli

LocalPolitics
4 Jan 2026 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan bercakap pada media ketika hadir pada Program Jom Ke Sekolah di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah hari ini. Foto Bernama

TANJONG MALIM - Kerajaan akan membantu membawa pulang 36 jemaah umrah yang terkandas di Madinah baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, maklumat berhubung insiden berkenaan telah diterima dan tindakan pengesahan sedang dilaksanakan.

"Insya-ALLAH mereka akan dibantu dan pulang dengan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan #MADANI Membantu Jom Ke Sekolah 2026 di Dewan Muallim Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan 36 jemaah umrah Malaysia terkandas di Madinah kerana masih belum mempunyai tiket penerbangan pulang ke tanah air dan mendesak agensi terlibat supaya menyegerakan urusan tersebut.

Mengenai isu kuota haji tahun ini, Zulkifli berkata, Malaysia masih menunggu maklum balas kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji yang dikemukakan sebelum ini.

"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji dengan harapan pertambahan kuota dapat diberikan kepada kita untuk jemaah tahun ini," katanya.

Zulkifli sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan menjangkakan bilangan jemaah haji negara akan bertambah pada masa hadapan berbanding kuota semasa sebanyak 31,600, dan Malaysia telah memohon kuota tambahan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved