Kerajaan Bantu Rakyat Hadapi Kenaikan Kos Sara Hidup, Peruntuk RM58.1 Bilion Jumlah Keseluruhan Subsidi

LocalPolitics
2 Jul 2024 • 12:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan peruntuk sebanyak RM58.1 bilion jumlah keseluruhan subsidi pada tahun 2024 bagi membantu rakyat khususnya golongan rentan di negeri ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntuan tersebut diberik mengikut sektor termasuk kepenggunaan, sara hidup, pendidikan, biasiswa pinjaman, sektor pertanian, faedah dan lain-lain.

Kerajaan peruntuk RM58.1 bilion untuk bantu rakyat

image is not available

Foto: The Sun

Menurutnya, angka tersebut diterima selepas beliau meminta Kementerian Kewangan untuk mengumpulkan jumlah keseluruhan peruntukan berkenaan.

“Umpamanya kita tahu dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR) saya sudah sebut ini kalau 2022 ketimbang 2024, peningkatan itu berbilion. Sekarang ini sudah sampai RM10 bilion daripada jumlah RM2,000 hingga RM3,700.

“Ini harus difahami kerana kadang-kadang orang menganggap bahawa penyasaran subsidi ini tidak memberi faedah kepada rakyat.

“Umpamanya Skim Subsidi Harga Padi (SSHP), kita naikkan. Harga lantai belian padi, kita naikkan mendadak dari 2021,2022 dan sehingga 2024,” katanya semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah Anwar, menambah subsidi itu merupakan antara langkah kerajaan membantu rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat yang dihadapi seluruh dunia.

“Jadi kita tarik subsidi daripada yang tidak berhak mendapat termasuk orang asing kita beri subsidi tambahan kepada rakyat.

“Bantuan kerana memikirkan ada kesan di kalangan rakyat, itulah sebabnya kenapa kadar sara dinaikan ke RM1,200, bantuan awal persekolahan untuk semua murid dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah diberi peruntukan RM800 juta yang mendapat faedah sebanyak RM5 juta.

“Maknanya kerajaan terima kenyataan bahawa memang ada masalah, kalau tidak ada masalah mengapa hendak ditambah subsidi kepada rakyat, ini cara kita cuba kurangkan beban rakyat,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian