Kerajaan batal subsidi minyak masak berbotol, harga siling ayam, telur mulai 1 Julai

22 Jun 2022 • 4:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 JUN: Keputusan untuk tidak meneruskan subsidi minyak masak tulen berbotol kerana wujudnya penyelewengan oleh pihak industri dan komersial, kata Perdana Menteri

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menampung kos subsidi sebanyak RM4 bilion sejak Januari lalu berbanding hanya RM2.5 bilion tahun lepas.

“Susulan penyelewengan yang berlaku, kerajaan mendapati tidak ada keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana ia gagal mencapai objektif yang diharapkan.

“Bagaimanapun, subsidi minyak masak kampit 1kg masih diteruskan sebanyak 60,000 tan metrik sebulan, berbanding keperluan pasaran 55,000 tan metrik sebulan,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Beliau berkata keadaan semasa negara yang berada di fasa endemik juga menyebabkan tiada keperluan untuk kerajaan meneruskan subsidi minyak masak berbotol.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan bahawa subsidi bagi minyak masak tulen berbotol serta harga siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved