Kerajaan Belanda memulakan ujian rintis menggantikan penggunaan sistem operasi dan perisian Microsoft kepada sistem operasi NixOS yang dibangunkan sendiri. NixOS adalah berasaskan Linux dengan ia kini diuji oleh lapan pihak dengan versi stabil pertama platform tersebut dijangka siap menjelang akhir tahun 2027.
Pemindahan kepada NixOS adalah sebahagian langkah di bawah inisiatif DAWO (Persekitaran Kerja Autonomi Digital untuk Kerajaan) selepas beberapa Amerika mengenakan sekatan ke atas pegawai utama Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda. Ini kerana ICC memulakan siasatan ke atas genosid di Gaza serta mengeluarkan warna tangkap ke atas Benjamin Netanyahu kerana melakukan jenayah kemanusiaan.

Sekatan menyebabkan pegawai-pegawai utama ICC kehilangan akses ke atas emel dan akaun Microsoft serta sistem perbankan antarabangsa. Tindakan dilakukan bagi memberikan tekanan kepada ICC untuk menarik semula dakwaan ke atas Israel.
Kerajaan Belanda menyedari wujud risiko kehilangan akses kepada sistem-sistem kritikal akibat tindakan sewenang-wenang negara asing. Oleh itu di bawah DAWO, satu sistem baharu yang merangkumi sistem operasi hinggalah kepada perisian pejabat dan perkhidmatan awam perlu dirangka dan dilaksanakan.
Belanda mengikuti langkah Perancis yang pada Januari lalu mengumumkan mereka akan berhenti menggunakan perisian dari negara luar seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan Webex. Ia akan digantikan dengan perisian Visio keluaran firma tempatan. Integrasi Visio sebagai platform telesidang kerajaan Perancis akan dilakukan sepenuhnya menjelang 2027.
Sumber – Tweakers.net




