Kerajaan Beri Diskaun 50% Bayaran Tol Sempena Tahun Baharu Cina, Pada 27 Dan 28 Januari 2025

TechnologyDigitalCars
24 Jan 2025 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan pada hari ini membuat perubahan kepada pengumuman sebelum ini, dan mengumumkan telah bersetuju untuk memberikan potongan tol sebanyak 50% dari kadar tol biasa, bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2025.

Diskaun 50% untuk tol ini akan dilaksanakan bermula 27 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025, iaitu selama 2 hari. Diskaun ini ditawarkan untuk semua kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara.

Kerajaan dijangka akan berbelanja RM20.08 juta untuk bayaran balik pampasan kepada syarikat konsesi tol untuk perayaan kali ini.