Kerajaan Beri Pampasan RM57k Kepada Pasangan Vlogger Mangsa R*gol 8 Lelaki Di India

6 Mar 2024 • 12:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pelancong india

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kes pasangan vlogger dari Sepanyol iaitu Vicente dan Fernanda yang menjadi mangsa jenayah rompak serta rogol ketika dalam sesi jelajah motosikal di India minggu lalu.

Terbaru, Polis di negeri timur Jharkhand telah memberi pampasan berjumlah Rs 10 lakh (kira-kira RM57,000) kepada pasangan terbabit.

Cek dan surat rasmi mengenai pampasan diserahkan kepada suami mangsa oleh Timbalan Pesuruhjaya Dumka Anjaneyulu dan SP Pitambar Singh.

image is not available

Kami membuat siasatan dengan cepat dan menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada mangsa. Di bawah skim pampasan, kami memberikan mereka Rs 10 lakh. Kami akan cuba percepatkan lagi perbicaraan dan sabitan terhadap tertuduh.

Lapor portal ndtv, suami mangsa mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak polis India di atas siasatan yang sangat cepat.

image is not available

Sementara itu, Anant Ojha, wakil Parti Bharatiya Janata (BJP), mengakui insiden ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada negara terbabit.

Katanya lagi, kejadian yang berlaku menunjukkan kelemahan undang-undang dan ketenteraman negara sehingga pelancong asing pun tak selamat di sini.

Tegasnya lagi, kerajaan perlu mengambil tindakan segera dan tegas kepada pelaku. Jika tidak, kerajaan akan dilihat gagal sepenuhnya.

Kredit: newsbricks | ndtv

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.