Kerajaan Campuran Tumbang, Perdana Menteri Belanda Letak Jawatan

WorldPolitics
8 Jul 2023 • 12:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kerajaan Campuran Tumbang, Perdana Menteri Belanda Letak Jawatan

LONDON, 8 Julai (Bernama-Anadolu) — Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengumumkan peletakan jawatannya pada Jumaat selepas kerajaan gabungan empat parti tumbang akibat perselisihan faham mengenai dasar imigresen, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan Perdana Menteri Belanda yang paling lama berkhidmat untuk berundur dibuat selepas kejatuhan gabungan parti pemerintah yang gagal mencapai persetujuan tentang cara menangani pencari suaka yang memasuki negara itu.

Selepas berhari-hari rundingan antara anggota Kabinet utama yang diketuai oleh Rutte, satu perjanjian tidak dapat dicapai dan pakatan pemerintah tumbang, lapor NL Times sebelum ini, memetik sumber.

Kejatuhan kerajaan gabungan itu menamatkan penggal keempat Kabinet Rutte yang mengangkat sumpah pada 10 Januari 2022.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved