Kerajaan Dengar Rintihan Pemandu E-Hailing, Nantikan Pengumuman Kuota Tambahan BUDI95

LocalPolitics
3 Nov 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Kerajaan dijangka bakal mengumumkan penambahbaikan terhadap kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI MADANI (BUDI95) bagi pemandu e-hailing dalam tempoh terdekat, dedah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Perbincangan Dengan Syarikat E-hailing

image is not available

Datuk Johan Mahmood Merican menjelaskan bahawa kerajaan telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai syarikat platform e-hailing, bersama-sama dengan Kementerian Pengangkutan, bagi meneliti tahap kecukupan kelayakan subsidi yang diberikan.

Pihaknya akan meneliti dari segi data penggunaan yang ada dan berdasarkan data tersebut, ketetapan akan dibuat untuk menambah baik kelayakan.

Kuota Sedia Ada Dirasakan Tidak Cukup

image is not available

Sebelum ini, pemandu e-hailing telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kuota subsidi bulanan semasa di bawah BUDI95. Had bulanan sebanyak 600 liter yang ditetapkan untuk RON95 dilihat tidak mencukupi untuk menampung operasi harian.

Oleh itu, pemandu-pemandu e-hailing mendesak kerajaan agar meningkatkan siling kelayakan ini kepada sekurang-kurangnya 1,000 liter sebulan.

Baca: BH