Kerajaan digesa tetapkan SOP ketat terima pelancong China

2 Jan 2023 • 2:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan digesa untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat, khususnya dalam menerima kemasukan pelancong China yang dijangka mening-kat secara mendadak tahun ini.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Pantai Barat Sabah Azami Bongsu berkata, ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 juga perlu dikuatkuasakan kembali agar penularan wabak itu, khususnya dari China, dapat dibendung.

Katanya, pemain industri khususnya di Sabah juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau SOP sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya penularan Covid-19.

“Kita difahamkan China akan melonggarkan SOP dan Malaysia akan menjadi antara persinggahan pelancong negara itu.

“Justeru kita berharap agar kerajaan dapat memperketatkan kembali SOP khususnya dalam menerima kemasukan pelancong China.

“Pemain industri juga tidak boleh mengharapkan kerajaan dan pihak berkuasa untuk memantau segala-galanya, tetapi perlu mengambil inisiatif menguatkuasakan sebaiknya semua SOP sebelum ini.

“SOP sudah sedia ada terutamanya dari segi imbas suhu dan vaksinasi. Seperti Singapura, mereka akan menambah dos vaksin,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

China dilaporkan akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari depan, selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan pengusaha pelancongan tempatan melakukan persiapan awal bagi menyambut kehadiran pelancong dari negara berkenaan, yang lazimnya menjadikan Malaysia sebagai antara lokasi tumpuan mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.