Kerajaan GRS tidak terjejas: Hajiji

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sisca Humphrey

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa pentadbiran negeri tidak terjejas berhubung laporan bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dan seorang individu awam dijangka didakwa berkaitan kes rasuah perlombongan.

Mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, yang mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu terbabit akan didakwa, Hajiji berkata proses undang-undang wajar dibiarkan berjalan seperti sepatutnya.

“Saya tidak fikir ini akan menjejaskan kerajaan. Apa yang penting adalah proses undang-undang perlu diteruskan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Biar mahkamah yang tentukan sama ada mereka bersalah atau tidak. Mereka juga mempunyai hak untuk membersihkan nama mereka,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika melawat Dewan Sri Putatan, yang kini berfungsi sebagai pusat perlindungan sementara kepada mangsa-mangsa kebakaran di Petagas dan Bukit Vor.

Sepanjang lawatan tersebut, Hajiji menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kepada setiap isi rumah yang terjejas bagi meringankan beban mereka.

Antara bantuan yang disalurkan ialah RM1,000 menerusi Bantuan Wang Ihsan (BWI), RM1,000 daripada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), RM1,000 daripada Pusat Zakat Sabah di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), bakul makanan serta RM300 tunai daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Beliau turut mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan membantu membina semula rumah-rumah yang musnah sepenuhnya melalui Program Rumah Mesra SMJ, di atas tapak asal milik mangsa.

“Kita amat prihatin dengan keadaan mereka. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan bantu mereka membina semula kediaman mereka,” katanya sambil menyatakan kira-kira 10 rumah akan dibina semula di bawah program tersebut.

Bagi rumah yang mengalami kerosakan sebahagian, bantuan tunai antara RM5,000 hingga RM10,000 akan diberikan.

Dalam pada itu, Hajiji turut memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri mungkin diadakan dalam masa terdekat.

“Sama ada cepat atau lambat, pilihan raya mesti diadakan. Kita akan kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa perbincangan awal telah pun diadakan.