Kerajaan henti penganjuran acara besar elak membazir - PM

22 Dec 2022 • 7:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (depan, sembilan dari kiri) bergambar bersama peserta HPPK2022 di PICC pada Khamis.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menghentikan penganjuran acara-acara besar yang gah dan meriah bagi mengelakkan amalan pembaziran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil penjimatan yang dibuat itu akan disalurkan untuk membantu rakyat yang miskin.

"Ada antara jabatan-jabatan umpamanya setiap kali ada majlis atau perayaan-perayaan akan ada baju batik baharu dan persiapan-persiapan lain yang dibuat.

"Ada juga orang kata saya tolak (kereta) Mercedes perkara kecil, tak ambil gaji pun perkara kecil tapi kalau semua yang kecil-kecil ini termasuk amalan memberikan hadiah, tukar (baju) batik, sampin atau pakaian setiap kali majlis dihentikan sudah tentu (penjimatan) akan bergunung dan dapat dipulangkan kepada rakyat miskin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

AKAN MENYUSUL