Kerajaan Indonesia Beri Jokowi Rumah Selepas Bersara

20 Dec 2022 • 5:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kerajaan Indonesia Beri Jokowi Rumah Selepas Bersara

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) bakal menerima sebuah rumah dari kerajaan selepas bersara pada 2024 yang terletak di Colomadu, wilayah Karanganyar di Jawa Tengah, lapor Tribun News.

Difahamkan, pemberian rumah daripada kerajaan itu telah termasuk dalam Peraturan Presiden (Perspres) Nombor 52, Tahun 2014 mengenai Standard Perolehan bagi Perumahan Bekas Presiden atau Bekas Wakil Presiden Republik Indonesia.

Ketua Daerah Karanganyar Juliyatmono berkata Jokowi telah memutuskan lokasi rumah yang akan diterima selepas beliau bersara.

“Setiap presiden yang menamatkan tugasnya akan menerima hadiah daripada negara berbentuk rumah.

“Rumah yang dipilih oleh Jokowi (ada) di daerah Karanganyar, Colomadu,” katanya memetik Tribun News.

Difahamkan lokasi rumah yang bakal diterima oleh Jokowi berada di sempadan dua kampung yang berada di pinggir jalan Adi Sucipto, Colomadu di daerah tersebut.

Ujar Juliyatmono, tanah di sepanjang Jalan Adi Sucipto kini berharga RM2,800 meter persegi.

“Anggaran harga tanah di pinggir jalan Adi Sucipto adalah di antara RM1,600 hingga RM2,800 meter persegi,” tambahnya.

Menurut Sriyono, tanah yang akan diberikan adalah tanah kosong seluas kira-kira 2,000 hingga 3,000 meter persegi.

“Masih tanah kosong, rumah belum dibuat lagi,” katanya.

Sumber: Tribun News