Kerajaan Ingin Jadikan MySejahtera Sebagai “Super App” Untuk Pengurusan Kesihatan Awam

TechnologyDigital
27 Feb 2023 • 3:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MySejahtera merupakan salah satu aplikasi yang digunakan ramai pengguna tempatan disebabkan oleh Covid-19, termasuk untuk mengimbas lokasi pergerakkan, dan juga untuk menyimpan informasi berkaitan vaksinasi.

Sejak daripada itu, MySejahtera sendiri turut telah diperluaskan untuk menyokong beberapa perkara tambahan, termasuk untuk menyimpan data-data perubatan lain, termasuk untuk pendermaan organ, rekod derma darah, dan lain-lain.

image is not available

Hari ini, berkongsi berkenaan dengan MySejahtera di Parlimen, kerajaan berkongsi menyatakan ingin menjadikan aplikasi tersebut sebagai sebuah “super app” atau aplikasi semua-dalam-satu, memfokuskan kepada pengurusan kesihatan awam negara.

Dengan langkah ini, ia akan menjadi salah satu pusat untuk dataraya berkaitan dengan kesihatan – sekaligus memudahkan ia digunakan dalam menentukan hala tuju kesihatan negara, termasuk melibatkan penyediaan belanjawan, perkhidmatan dan sebagainya.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengatakan yang mana hak milik aplikasi dan data MySejahtera, termasuk meliputi hak harta intelek, kod sumber, jenama dan logo adalah milik kerajaan.