Kerajaan jamin bawa pulang 63 rakyat M’sia yang terkandas di Arab Saudi

9 Oct 2022 • 10:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TAIPING: Kerajaan memberi jaminan 63 rakyat Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas akan dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (gambar).

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Santai Anak Muda di sini hari ini, beliau berkata usaha sedang dijalankan dengan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk menyelaras urusan penghantaran pulang mereka.

Pada Jumaat, Kementerian Luar Negeri mengesahkan 63 rakyat Malaysia terdiri daripada 28 individu dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lepas.

Mereka dibawa ke Madinah oleh Kumpulan Tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah pada Mac lepas namun terkandas di Madinah sehingga hari ini dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah itu.

Mengenai tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin kumpulan itu, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, berhubung ajaran tarekat yang dibawanya, Idris berkata ia tertakluk di bawah kuasa Jabatan Agama Islam Negeri selepas Jawatankuasa Fatwa bersidang.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved