Kerajaan jamin bekalan barang asas mencukupi menjelang Aidilfitri

LocalPolitics
29 Mar 2025 • 1:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas di seluruh negara mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri, termasuk barangan keperluan harian utama.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun terdapat laporan kekurangan bekalan di beberapa kawasan, jumlahnya sangat kecil dan tindakan segera telah diambil oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Ada kelompang satu dua kawasan dan FAMA akan bertindak segera. Aduan tahun ini juga amat kurang dan semua bekalan sampai kepada pengguna,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memastikan harga barangan kekal terkawal dan berada pada paras yang lebih rendah menjelang musim perayaan kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved