Kerajaan jamin kebebasan badan kehakiman, legislatif terpelihara

17 Jun 2022 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kebebasan badan kehakiman dan legislatif akan terus terpelihara di bawah pentadbirannya.

Beliau berkata, jaminan itu diberi bagi memastikan konflik antara badan eksekutif dan kehakiman yang pernah terjadi suatu ketika dahulu tidak berulang.

"Sebagai seorang yang berlatar belakangkan undang-undang, saya menghormati doktrin pengasingan kuasa di antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman.

"Ketiga-tiga institusi ini mempunyai peranan masing-masing dan kita perlu menghormati setiap badan ini.

"Setiap dasar yang digubal oleh kerajaan berpaksikan roh dan semangat kebersamaan dengan mengambil kira kepentingan setiap agama, kaum dan seluruh Keluarga Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved