Kerajaan Jimat Hampir RM1 Juta Kos Penerbangan Anwar Bagi Lawatan Ke Lima Negara – Fahmi

LocalPolitics
22 Nov 2024 • 5:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kerajaan Jimat Hampir RM1 Juta Kos Penerbangan Anwar Bagi Lawatan Ke Lima Negara – Fahmi

PUTRAJAYA, 22 November (Bernama) — Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta membabitkan kos penerbangan bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi rasmi ke lima negara baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Bercakap pada sidang media mingguan di sini hari ini, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kerajaan hanya menanggung RM1.662 juta menerusi sewaan pesawat khas iaitu Airbus A350 Malaysia Airlines berbanding kos penggunaan pesawat rasmi kerajaan iaitu RM2.5 juta.

“Kos ini telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk delegasi rasmi iaitu RM1.662 juta bersamaan 27 peratus daripada kos keseluruhan.

“Pihak kerajaan dapati ada penjimatan (sewaan pesawat khas) jika dibandingkan dengan penggunaan pesawat sedia ada,” katanya.

Fahmi turut menegaskan lawatan rasmi Perdana Menteri serta delegasi rasmi ke lima negara berkenaan iaitu Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil dan Qatar itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tanpa melibatkan pembiayaan daripada syarikat swasta yang turut mengikuti lawatan tersebut.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama