Kerajaan jimat hingga RM9 juta melalui pendigitalan JPJ

12 Feb 2023 • 3:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Kerajaan boleh menjimatkan sehingga RM9 juta hasil inisiatif pendigital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Zailani Hashim. Inisiatif itu, katanya, akan dilancarkan secara berfasa dan serentak di seluruh negara.

“Sebagai permulaan, inisiatif perkhidmatan digital itu hanya melibatkan dua produk JPJ sahaja iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan, dan Lesen Memandu Malaysia (LMM),” katanya selepas majlis penyampaian Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) peringkat DUN Tanjung Batu dan Parlimen Kalabakan, pada Sabtu.

Perasmian majlis itu disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Dewan Masyarakat Tawau. Zailani berkata perkara itu mengambil kira penggunaan aplikasi atau sistem baharu bagi membolehkan usaha penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa.