Kerajaan kaji tambang percuma OKU guna perkhidmatan awam

18 Jan 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Kerajaan sedang mempertimbang memberikan tambang percuma kepada orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata secara prinsip Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook setuju dengan cadangan itu dan sedang merangka mekanisme terbaik melaksanakannya.

“Sebelum mesyuarat Kabinet, saya sempat berbincang dengan Loke untuk memberi tambang percuma kepada OKU yang menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan ‘stage bus’.

“Beliau bersetuju secara prinsip dan akan memikirkan mekanisme yang terbaik untuk melaksanakannya,” katanya di Twitter.

Sebelum ini, kerajaan bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob pernah melaksanakan tambang percuma kepada OKU selama sebulan bagi semua perkhidmatan Prasarana.

Tambang percuma itu diberikan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada Ogos tahun lalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.