Kerajaan Kekal Had Umur Persaraan Penjawat Awam 60 Tahun - Fahmi

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 6:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Kekal Had Umur Persaraan Penjawat Awam 60 Tahun - Fahmi

Kerajaan Kekal Had Umur Persaraan Penjawat Awam 60 Tahun - Fahmi

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan tiada keperluan untuk meningkatkan had umur persaraan penjawat awam buat masa ini, kata jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, sekali gus menetapkan had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada 60 tahun.

"Kerajaan telah memutuskan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur persaraan buat masa ini. Oleh yang demikian, had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada umur 60 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sehubungan itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri memutuskan caruman berkenaan tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dibuat secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata kenyataan lanjut mengenai keputusan itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved