Kerajaan Komited Hidupkan Prinsip Masyarakat Madani Menerusi Media Yang Adil Dan Berfakta

Politics
3 May 2023 • 4:15 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen dan tekad jelas Kerajaan Perpaduan untuk menghidupkan prinsip masyarakat madani menerusi media yang adil dan berfakta - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen dan tekad jelas Kerajaan Perpaduan untuk menghidupkan prinsip masyarakat madani menerusi media yang adil dan berfakta.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter sebagai mengulas laporan Reporters Without Borders (RSF) yang memaklumkan Malaysia yang kini berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 berbanding tangga ke-113 tahun lepas. 

Kedudukan Malaysia itu meningkat 40 anak tangga dengan mencatat 62.83 mata berbanding tahun sebelumnya pada kedudukan 113 dengan 51.55 mata.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi, diikuti Thailand di kedudukan ke-106, Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178).

Justeru, Perdana Menteri menerusi ciapan itu turut berharap media terus berkarya dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi.

Indeks berkenaan yang disiarkan di laman sesawang RSF, bertujuan membandingkan tahap kebebasan pengamal media di 180 negara dan wilayah seluruh dunia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved