Kerajaan komited jamin kebebasan, media terbuka: Anwar

Politics
1 May 2023 • 2:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited menjamin aspek kebebasan dan keterbukaan media selain memastikan proses semak dan imbang terus subur dan berfungsi dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter hari ini, mengulas kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF).

Kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, di kedudukan 119 (60.53 mata).

Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176). - Bernama