Kerajaan komited tingkat pencapaian wanita

12 Jun 2023 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Kerajaan negeri akan terus komited memperkasa pencapaian wanita di peringkat akar umbi untuk membolehkan mereka turut menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan di negara ini.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, pelbagai program dan gerak kerja telah dan sedang dilakukan dalam memastikan golongan berkenaan dapat diberi peluang yang ada.

“Contohnya program Akademik Kepimpinan Wanita Muda (AkWan)yang dianjur ole Majlis Pembangunan Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah,” katanya.

Menurut beliau, adalah penting kepada semua pihak untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga bersama kerajaan negeri bagi meningkatkan keupayaan golongan wanita di Sabah ini.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Hari ini kita lihat penguasaan politik wanita mencatat skor terendah, iaitu 0.1 yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam jawatan menteri dan Ahli Parlimen serta Adun.

“Hakikatnya wanita membentuk 48.5 peratus daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk negara.

“Sekiranya potensi diupayakan sepenuhnya, mereka mampu menyumbang dan menyertai usaha pembangunan dalam aspek ekonomi, politik, budaya serta sosial dengan lebih efektif,” katanya. Beliau berkata demikian semasa perjumpaan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Parlimen Semporna di Dewan Fook Siew Semporna pada Ahad.

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat Aziah Atoh, Ketua Penerangan Anna Bell Perian, Penolong Bendahari Datuk Jamaliah Antalip, Penyelaras Semporna/Lahad Datu Saridah Abd Lakata,Penyelaras Kalabakan/Tawau Maria Wahaya, ketua-ketua Wanita Gagasan Rakyat Parlimen Semporna, ketua-ketua bahagian serta ahli jawatankuasanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, perkara asas yang paling penting hari ini ialah meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita sendiri betapa mereka perlu bersedia untuk berubah dan meningkatkan pencapaian diri sendiri.

Katanya, pencapaian itu sama ada dalam bentuk ilmu pengetahuan dan juga kemahiran kerana tanpa kedua-dua faktor tersebut sukar bagi seseorang untuk bergerak maju ke hadapan. “Sebab itu dalam apa juga program dan gerak kerja, elemen terpenting ialah memberi mereka peluang menambah ilmu khususnya dalam bidang keusahawan. “Terlalu banyak peluang yang mereka boleh rebut meskipun berada jauh di pedalaman kerana perniagaan dan keusahawanan itu tidak semestinya berada di bandar,” ujar beliau.

Katanya, besar harapan pimpinan tertinggi kerajaan negeri hari ini untuk terus memperkasa pencapaian wanita agar terus selari dengan proses kemajuan dan pembangunan negeri.

“Harapan saya sangat menggunung untuk melahirkan lebih ramai kepemimpinan wanita dalam politik dan pelbagai peringkat lain khususnya sektor korporat dalam proses membuat keputusan.

“Inilah masanya usaha pemerkasaan wanita perlu diberikan perhatian mendalam. Kita perlu melakukannya.

“Saya memerlukan sokongan anda,” tegas beliau.

Redonah juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kerana menghargai jasa dan peranan wanita khasnya dalam pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi.

Katanya, peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Hajiji kepada wanita adalah menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berfikiran terbuka dan tidak membezakan peranan jantina dalam urusan pentadbiran.

“Ini adalah kepercayaan daripada Ketua Menteri kita, kerana melantik wanita sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama kali dalam sejarah dan Datuk Nor Asiah Mohd Yusof pula dilantik sebagai Peguam negeri.

“Inilah bukti bahawa Ketua Menteri kita tidak memandang perbezaan jantina dan berfikiran terbuka dalam menerima peranan dan penglibatan wanita, khasnya yang pertama kali bagi jawatan tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.