Kerajaan kumpul data manfaat pindaan Akta Sewa Beli 1967

LocalBusiness & Finance
19 Sep 2026 • 5:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerajaan kumpul data manfaat pindaan Akta Sewa Beli 1967

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengumpulkan data bagi mengenal pasti jumlah rakyat yang mendapat manfaat pelaksanaan pindaan Akta Sewa Beli 1967, termasuk penggunaan kaedah baki berkurangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pengumpulan data itu akan dilakukan sepanjang tempoh enam bulan bermula Jun hingga Disember ini, sebelum hasilnya diumumkan pada Januari tahun depan.

“Kita tengah mengumpul data bermula 1 Jun lalu dan sasarannya pada Januari, kita akan keluarkan data jumlah rakyat yang dapat manfaat,” katanya ketika hadir di Festival Pengguna 2026 (Confest 2026), di Stadium Batu Kawan, di sini, hari ini.

Tambahnya, maklum balas awal menunjukkan penggunaan pinjaman meningkat selepas pindaan berkenaan dilaksanakan sekali gus memberi petunjuk bahawa mekanisme baharu itu memberikan manfaat kepada pengguna.

“Apa yang kita dapat menerusi maklum balas setakat ini, dari segi penggunaan pinjaman, meningkat. Maksudnya, ia memberikan manfaat,” katanya.

Setakat 18 September (semalam), sebanyak 14 bank telah menawarkan pembiayaan kaedah baki berkurangan dan berdasarkan sesi libat urus dengan institusi perbankan, sebanyak enam buah bank yang lain telah memberikan komitmen melengkapkan proses peralihan selewat-lewatnya pada 31 Disember ini.

Secara keseluruhannya, terdapat 429 entiti di kalangan institusi perbankan dan syarikat penyedia sewa beli yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Belia Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Kerajaan kumpul data manfaat pindaan Akta Sewa Beli 1967 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved