Kerajaan laksana kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing - PM

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kadar itu lebih rendah berbanding cadangan awal sebanyak 12 peratus.

"Tetapi terdapat kebimbangan ia akan meningkat, bermula pada 2 peratus kemudian naik kepada empat peratus dan enam peratus.

"Ia bukan begitu. Kita kekalkannya pada 2 peratus, yang mana sangat minimum,” kata Anwar semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Kabinet menimbang cadangan daripada dewan perniagaan. - Bernama