
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada kesejahteraan ekonomi belia, termasuk latihan dan kursus kemahiran untuk memperkasa golongan itu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, agenda pembangunan modal insan khususnya golongan muda dan belia akan terus diberi penekanan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berminda kelas pertama, menurut kenyataan media.
Sehubungan itu beliau mengajak semua pihak untuk terus bekerjasama dalam usaha memperkasakan belia Sabah.
"Semua pihak baik kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat perlu berganding bahu untuk mencipta peluang dan menyediakan sokongan yang diperlukan oleh belia", katanya dalam ucapan yang dibaca di satu acara belia di sini pada Isnin.
SPONSORED CONTENT 40pc involves the Constitution: Hajiji Kota Kinabalu: The Sabah Government will not bow down from pursuing its 40% revenue entitlement, says Datuk Seri Hajiji Noor. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

