Kerajaan Lanjut Inisiatif Kadar Tambang RM499 Untuk Musim Perayaan

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik bagi mereka yang pulang ke kampung dengan menggunakan penerbangan pada musim perayaan!

Ini kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum sebanyak RM499 pada musim perayaan, daripada tiga kepada empat hari bermula Krismas ini.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata inisiatif itu terpakai bagi perayaan-perayaan pada tahun hadapan untuk penerbangan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak

"Kita menjangkakan lebih ramai akan balik pada hujung minggu, jadi empat hari ini (sebelum tarikh perayaan) akan diberikan bantuan subsidi, iaitu kita menetapkan kadar maksimum untuk syarikat penerbangan.

"Ini sudah tentunya akan memberikan kemudahan dan juga satu harga tambang yang lebih kompetitif dan lebih baik buat penumpang. Kita harap lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini," katanya.

Lanjutan inisiatif itu melibatkan tambahan pembelanjaan kerajaan dan dianggarkan menelan kos sebanyak RM20 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved