Kerajaan lulus RM8.94 juta tingkat akses internet di Kota Belud

30 Sep 2022 • 12:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Kerajaan meluluskan RM8.94 juta untuk pembinaan tujuh menara telekomunikasi baharu di Kota Belud tahun ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata inisiatif di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dijalankan di Kampung Mandawang, Kampung Lugu, Kampung Pangi, Kampung Lasau Tintapon, Sekolah Kebangsaan Labuan, Sekolah Kebangsaan Gunsarai dan Kampung Lahanas Siba.

“Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk meluaskan liputan dan menambah baik kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh daerah. Kita akan pastikan liputan jalur lebar turut dipertingkat untuk daerah Kota Belud. Bagi kawasan terpencil, mungkin kita akan gunakan satelit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian ceramah Peningkatan Keselamatan dan Ekonomi bagi pengundi Kadamaian di Kampung Melangkap di sini pada Khamis.

Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah penting untuk kerajaan membantu menyediakan kemudahan atau akses internet bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan dalam talian.

Kota Belud terletak di pantai barat Sabah, 70km di utara ibu negeri Kota Kinabalu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.