Kerajaan Madani mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - Anwar

LocalPolitics
20 Apr 2024 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan diketuai beliau dengan kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.

Beliau berkata, usaha juga perlu dilakukan termasuk membawa masuk lebih banyak pelaburan selain pelbagai inisiatif dilaksana bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah sekali gus memacu ekonomi di negeri ini.

"Kita mahu pacu pertumbuhan, kita mahu pelaburan datang, hotel-hotel kita penuh dengan pelancong...kita punya tanggungjawab moral miskin tegar harus dinoktahkan di seluruh negara kita termasuk di Sabah sendiri,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Hajiji. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!