Kerajaan Madani pastikan industri sawit negara diperkasa - Anwar

LocalPolitics
6 Oct 2024 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan telah meneruskan siri libat urus untuk mendengar pandangan setiap segmen masyarakat termasuk pemain industri di negara ini menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.

"Dalam sesi libat urus, beberapa perkara telah disentuh dan diberi perhatian antaranya isu berkaitan tenaga kerja asing dan kadar pengeluaran sawit yang rendah.

"Di samping itu, usaha meningkatkan aktiviti hiliran berkaitan sawit dalam usaha memastikan kelangsungan industri sawit negara turut dibincangkan,” kata Anwar menerusi hantaran di laman X beliau pada Ahad.

Siri libat urus Perdana Menteri itu adalah bersama Menteri Besar Perak, Menteri Perladangan dan Komoditi, Ketua Setiausaha Negara serta pegawai kanan kerajaan dan pemain industri sawit. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved