Kerajaan Maghribi Keluar Kenyataan Kepada Kedutaan Malaysia Tentang Mawla Amin

20 Feb 2024 • 1:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sejak beberapa tahun lalu, nama Mawla Amin yang dikatakan ulama besar dari Maghribi telah menjadi bualan di media sosial apabila mengunjungi Malaysia serta mendapat perhatian banyak pihak.

Tiada kejelasan tentang susur galur

Walau bagaimanapun, Mawla Amin atau nama sebenarnya Mohamed Amin Ouradj telah diragui sesetengah pihak memandangkan tiada kejelasan berkenaan susur galurnya yang dikatakan dari nasab Rasulullah.

Menerusi perkongsian pengguna X dikenali sebagai MusytaqAshari, dia telah memuat naik satu kenyataan kerajaan Morocco yang telah mengeluarkan laporan kepada Kedutaan Malaysia mengenai individu yang digelar Habib Mohamed Amin Ben Sayed El Idrissi El Hassan.

Mawla Amin didakwa ada 2 kewarganegaraan, Algeria & Perancis

Dalam kenyataan tersebut, Mawla Amin itu difahamkan mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Algeria dan Perancis.

Menurut pendedahan yang dibuat itu lagi, individu terbabit dilahirkan di Algeria pada tahun 1984 dan keluarganya telah berpindah ke Perancis sekitar tahun 1990-an sebelum beliau pulang ke tempat asalnya untuk meneruskan pengajian agama di University of Adrar.

Dikatakan Mawla Amin ambil kesempatan terhadap ulama Maghribi untuk naikkan nama

Kerajaan Maghribi juga memaklumkan yang individu terbabit dipercayai cuba mengambil kesempatan terhadap ulama negara terbabit dan para golongan sufi untuk menaikkan namanya lebih-lebih lagi di kawasan Asia Tenggara seperti di Malaysia serta Indonesia.

@binthasn

Mujahid Mode…cicit Rosulullah ke-38 alhassani..bagaimana engkau ya Rasulullah 22 September Thailand 2023 #pattani #thailand #moulaymuhammadaminaldrisialhasani #maulamuhammadaminalidrisialhassani #sayyidmuhammadamin #mujadid #ahlulbayt

♬ Jundullah Nasheed – Anasheed_trend

Oleh sebab itu, kerajaan Maghribi dengan tegas memaklumkan tidak mengesahkan sebarang aktiviti melibatkan keagamaan terhadap Mawla Amin.

Sumber: X MusytaqAshari