Kerajaan Malaysia Belum Bercadang Laksana Program Vaksinasi Penyakit Monkeypox Untuk Rakyat

20 Aug 2024 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kebimbangan timbul dalam kalangan masyarakat apabila penyakit cacar monyet atau monkeypox (Mpox) dikhabarkan sudah mula menular di negara jiran, Indonesia dan juga Filipina.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata meskipun begitu kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit itu.

Kalau kita lihat pada garis panduan dan juga cara jangkitan, ia boleh dielak jika individu itu mengambil langkah berhati-hati, umpamanya dengan mengamalkan kebersihan kendiri dan lain-lain.

image is not available

Katanya, setakat ini, tiada perbincangan mengenai perkara itu, namun kajian secara mendalam perlu dibuat terlebih dahulu, jika terdapat keperluan melaksanakannya.

Tiada kes baru dilaporkan setakat ini namun Lukanisman berkata pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan kes selain mengeluarkan kenyataan rasmi dari semasa ke semasa.

Biasanya simptom jangkitan mpox boleh dilihat dengan jelas melalui tanda-tanda fizikal seperti tompok-tompok di badan dan pesakit sendiri boleh merasai kesannya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

9.1 Juta Vaksin Covid-19 Terpaksa Dilupuskan, Kerajaan Tanggung Kerugian RM185 Juta