Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah

12 Apr 2023 • 4:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Semua maklumat mengenai kes ini akan tersedia dalam laman web ini

Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah. Dilaporkan kerajaan Malaysia hari ini telah melancarkan laman web Malaysia-SuluCase.gov.my bagi memberikan informasi berkaitan tuntutan pihak yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu terhadap Sabah.

Laman web ini bertujuan untuk memberikan naratif sejarah dan kronologi kes perundangan yang sahih serta menjelaskan keraguan-keraguan berkaitan fakta yang dikemukan oleh pihak penuntut.

image is not available
Kerajaan Malaysia Lancar Laman Web Menyediakan Info Tepat Dan Terkini Tentang Kes Sulu Tuntut Sabah

Tersedia dalam 5 bahasa

Malaysia kini sedang menghadapi prosiding di beberapa buah negara Eropah berkenaan tuntutan ini, iaitu Perancis, Sepanyol, Luxembourg dan Belanda.

Oleh itu, laman web Malaysia-SuluCase.gov.my boleh diakses dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Tagalog, bagi membolehkan pelbagai pihak serta media antarabangsa mengikuti dan memahami kes ini melalui fakta dan informasi yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia.

image is not available
Kredit: NST

Rakyat Malaysia diharapkan untuk mengakses laman web ini untuk memahami kes dengan teliti

Kerajaan turut menyatakan harapan mereka kepada rakyat Malaysia untuk melayari laman web ini untuk memahami kes dengan teliti, kerana keputusan yang memihak kepada pihak penuntut akan memberikan kesan besar dan serius kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

Kerajaan Malaysia turut menyatakan mereka akan terus memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan, dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa dan mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan ini.

Baca artikel berikut untuk mengetahui mengapa tuntutan mereka tidak berasas:

Sebelum ini, Google Maps kena ‘hack’ dan beberapa lokasi di Sabah ditukar ke lokasi Filipina: