Kerajaan Melancarkan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030

WorldTechnologyDigitalSpace
20 Sep 2023 • 10:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini telah melancarkan secara rasminya Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030, yang memperlihatkan agenda negara dalam mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear dalam mempertingkatkan daya saing industri, memperkukuh kesejahteraan akyat, dan pada masa yang sama memulihara sumber asli serta alam sekitar.

image is not available

Dibawah Dasar Teknologi Nuklear 2030 ini, ia memfokuskan kepada enam sektor fokus utama yang boleh dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi nuklear, iaitu:

  • Perubatan dan penjagaan kesihatan;
  • Makanan dan pertanian;
  • Pembuatan peranti dan peralatan;
  • Pengurusan alam sekitar dan sumber asli;
  • Aplikasi perindustrian;
  • Keselamatan dan sekuriti nuklear

Ini sekaligus dijangka akan perluaskan lagi sumbangan dan penggunaan teknologi nuklear kepada produktiviti Malaysia – disamping terus memacu inovasi dan pembangunan bakat berkemahiran tinggi di Malaysia. Inisiatif ini juga dijangka akan menjadi asas dalam penggunaan teknologi nuklear secara aman di Malaysia. Kerajaan juga menyasarkan peningkatan penggunaan teknologi nuklear ini sehingga 40% menjelang 2030 kelak.

Sebelum ini sendiri, kita telah melihat beberapa pembangunan dan inovasi berlaku melalui penggunaan teknologi nuklear di Malaysia, termasuk penghasilan benih padi yang berdaya tahan cuaca ekstrem.