Kerajaan melanjutkan subsidi RM120 Telefon Pakej 5G Rahmah untuk B40 sehingga 30 Jun 2024

Technology
19 Jun 2024 • 6:30 PM MYT
Harian Teknologi
Harian Teknologi

Berita Teknologi Terkini di Malaysia dan Dunia

image is not available
Imej daripada Harian Teknologi / Kementerian Komunikasi

Tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang menawarkan pelan pascabayar mampu milik dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan. Pakej tersebut merupakan pelan data 60GB yang berharga RM60 sebulan dengan turut menyediakan pilihan bersama-sama telefon pintar 5G pada harga RM240. Diskaun khas RM120 juga ditawarkan untuk 100,000 orang pengguna B40 pertama yang mendaftar untuk pakej ini.

Kini, pihak Kementerian Komunikasi telah mengumumkan perlanjutan subsidi RM120 untuk telefon pintar dibawah Pakej 5G Rahmah tersebut sehingga 30 Jun 2024. Bagaimanapun, ia masih lagi terhad untuk 100,000 pengguna pertama di bawah kategori B40. Telefon pintar yang dibeli bersama-sama pakej ini juga didatangkan dengan kontrak selama 24-bulan.

Berbeza dengan sebelum ini, perlanjutan ini hanya melibatkan tiga buah syarikat telekomunikasi sahaja iaitu:

Setakat ini syarikat-syarikat telekomunikasi yang dinyatakan tersebut masih belum memberikan penawaran baharu untuk Pakej 5G Rahmah bersama-sama telefon pintar.

Tentang Pakej 5G Rahmah

Pakej 5G Rahmah adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan internet 5G yang mampu milik kepada rakyat. Dilancarkan pada 31 Ogos 2023, pakej ini menawarkan telefon pintar 5G seperti Samsung Galaxy A14 5G dan Honor 90 Lite 5G pada harga serendah RM240. Golongan B40 dapat menikmati harga istimewa RM120 untuk 100,000 pelanggan terawal.

Selain itu, pakej ini juga menyertakan pelan data sebanyak 60GB dengan bayaran RM60 sebulan. Beberapa penyedia telekomunikasi menawarkan pakej tambahan dengan harga lebih rendah, seperti YES yang menawarkan 100GB data 5G+4G dan panggilan tanpa had pada RM35 sebulan.

Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban ekonomi dan merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan visi Ekonomi MADANI kerajaan. Pakej ini juga menyediakan tempoh waranti dua tahun untuk telefon pintar.

Usaha memperluaskan liputan ke seluruh negara dipertingkatkan dengan sokongan penyedia telekomunikasi utama Malaysia seperti CelcomDigi, Maxis, Yes, Unifi Mobile dan U Mobile. Manakala inisiatif seperti Pakej 5G Rahmah pula diperkenalkan untuk memastikan akses 5G mampu milik kepada semua rakyat Malaysia


Harian Teknologi adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.