Kerajaan Meneliti Penggunaan Satelit Sebagai Menara Telekomunikasi – Akan Membolehkan Liputan Rangkaian Menyeluruh

TechnologyDigital
27 Nov 2023 • 11:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Komunikasi dan Digital kini menyatakan sedang meneliti dan mengkaji penggunaan teknologi satelit sebagai medium menara telekomunikasi – sekaligus akan membolehkan sistem telekomunikasi dalam Malaysia ditambah-baik lagi. Penelitian ini sedang dilakukan melalui SKMM.

image is not available

Sekiranya berhasil dan dilaksanakan, ia dijangka akan menyelesaikan masalah pelbagai titik hitam tanpa liputan telekomunikasi pada hari ini.

Ia dikatakan selain internet melalui satelit, beberapa teknologi baharu turut sedang dibangunkan yang akan menggunakan satelit sebagai menara komunikasi.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui hasil akhirnya kelak. 

Untuk makluman juga, pada hari ini beberapa pengeluar peranti telah mula mengintegrasikan sokongan komunikasi satelit tetapi untuk tujuan kecemasan. Tidak mustahil teknologi komunikasi melibatkan satelit ini terus berkembang pesat dalam tahun-tahun akan datang ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved