Kerajaan Mengkaji Keperluan Lesen Media Sosial Untuk LinkedIn

TechnologyDigital
8 Jan 2025 • 11:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan kini sedang mengkaji sama ada LinkedIn akan tertakluk dibawah keperluan lesen media sosial untuk teruskan operasi di Malaysia, atau sebaliknya. Bercakap mengenainya, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan telah meminta SKMM untuk menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia, dan adakah ia dikategorikan sebagai platform media sosial.

image is not available

Sejak 1 Januari 2025, Malaysia telah mula mengimplementasi keperluan lesen untuk operasi media sosial bagi platform dengan lebih 8 juta pengguna tempatan – sekaligus memastikan platform lebih bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan melaluinya. Ia juga akan memastikan kandungan berbentuk menipu, scam, perjudian, lucah dan sebagainya lebih terkawal dan dipadam dengan lebih pantas dalam usaha memastikan platform lebih bertanggungjawab terhadap kandungan pada platform masing-masing.

Setakat ini, TikTok, WeChat dan Telegram telah menerima lesen mereka, sementara Meta yang mengoperasikan Facebook, Instagram dan WhatsApp dalam proses menerima lesen mereka. Sebelum ini, X mengatakan angka pengguna mereka tidak mencapai keperluan untuk perlesenan, sementara YouTube pula mengatakan mereka tidak tertakluk dibawah definisi media sosial.

image is not available

Untuk LinkedIn sendiri, mereka melalui laman rasmi menyatakan mempunyai lebih 7 juta pengguna di Malaysia pada awal 2024 yang lepas, dan mungkin telah mencapai atau menghampiri angka 8 juta. LinkedIn turut menyertakan elemen perkongsian kandungan, dan interaksi melalui komen yang membawa kepada definis media sosial. LinkedIn merupakan laman sosial milik Microsoft, yang sedia mempunyai pelaburan tinggi di Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved