Kerajaan Menyasarkan 5000 Syarikat Pemula (Startup) Menjelang 2025

TechnologyDigital
28 Aug 2023 • 11:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini berkongsi sasaran untuk mewujudkan sekitar 5000 syarikat pemula atau startup menjelang 2025 kelak. Untuk tujuan tersebut, pelbagai inisiatif akan dilaksana dalam memperkukuhkan ekosistem, serta meningkatkan keterlibatan startup tempatan.

Perkara ini dikongsikan selepas mesyuarat pertama Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara yang telah berlangsung hari ini.

image is not available

Untuk makluman, sasaran ini merupakan kesinambungan daripada perancangan MOSTI dibawah pelan “Malaysia Startup Ecosystem Roadmap 2021-2030” yang menyasarkan untuk mencipta lebih 5000 syarikat pemula, selain 5 syarikat gergasi unikorn.

Terdapat pelbagai agensi yang kini membantu dalam merealisasikan perkara tersebut, termasuk dari aspek pembiayaan, pemasaran, pembangunan dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved