Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN

LocalPolitics
31 Mar 2026 • 10:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shamsul Azri. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas, prosiding berkaitan perkara berkenaan telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam hal ini, Shamsul Azri berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg berhubung dakwaan tersebut.

Semalam, agensi berita asing itu menyiarkan laporan mendakwa terdapat campur tangan dalam garis masa pendedahan siasatan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.- Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved