Oleh Dewi Abdul Rahman
SHAH ALAM, 20 FEB: Kerajaan Negeri berhasrat menambah penempatan pelajar Selangor yang melanjutkan pengajian tinggi di Mesir.
Dato’ Menteri Besar berkata usaha berkenaan akan dimulakan dengan konsep menyewa rumah milik negeri lain kerana proses pembelian bangunan di negara itu sangat rumit.

“Kita juga bimbang melihat kepada rekod beberapa negeri lain yang tidak selesai proses perubahan dan peralihan hak milik tanah. Ada negeri yang berjaya, ada yang tidak.
“Jadi Selangor perlu berhati-hati. Sebab itu kita mulakan dengan sewa aset milik negeri lain untuk menambah kediaman pelajar Selangor,” kata Dato’ Sri Amirudin Shari.
Berucap pada majlis peluncuran Bulan Wakaf Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Amirudin memberitahu pentadbirannya tekad mengumpul wakaf tunai untuk mempertingkatkan kemudahan pelajar di Timur Tengah, terutamanya di Mesir.

Pada 5 November, Amirudin yang dalam rangka lawatan tahunan ke Timur Tengah menyerahkan bantuan berjumlah USD12,520 (RM54,406) bagi menaik taraf bangunan asrama di bandar Hayyu Asyir Nasr, Kaherah.
Dibina sejak 1992, asrama enam tingkat milik Kerajaan Negeri kini menempatkan seramai 130 pelajar lelaki dan perempuan.
@selangortv Selangor hasrat tambah penempatan pelajar di Mesir Kerajaan Negeri berhasrat menambah kemudahan penempatan pelajar Selangor yang melanjutkan pelajaran di Mesir dan Jordan, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha berkenaan akan dimulakan dengan konsep menyewa rumah atau kediaman kosong milik negeri lain yang ada di negara itu ekoran proses pembelian bangunan yang sangat rumit.
The post Kerajaan Negeri hasrat tambah penempatan pelajar Selangor di Mesir (VIDEO) appeared first on Selangorkini.

