Kerajaan negeri komited lahirkan atlet berkualiti – Nizam

13 Aug 2023 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Kerajaan negeri komited dalam usaha melahirkan atlet-atlet berkualiti yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara sehingga ke peringkat antarabangsa, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, komitmen kerajaan dalam memajukan lagi bidang sukan menerusi pelbagai usaha mencungkil bakat-bakat baharu dapat dilihat menerusi peruntukkan besar yang diberikan khusus untuk bidang tersebut.

Malah, katanya, setiap dua tahun, kerajaan menganjurkan Sukan Sabah (Saga) yang mempertandingkan beberapa jenis sukan dengan sasaran atlet berumur 20 tahun dan ke bawah.

“Saga adalah pertandingan yang disediakan kepada golongan belia dan anak-anak muda menonjolkan bakat diri untuk lebih berjaya sebagai ahli sukan yang akhirnya boleh mengharumkan nama negeri dan negeri di peringkat antarabangsa,”katanya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.68 Apas berkata demikian kepada media selepas merasmikan Liga Sukan Komuniti peringkat Bahagian Tawau di SG Futsal, di sini, pada Sabtu yang menyaksikan 32 pasukan futsal, termasuk dari Semporna dan Kunak berentap.

Menyentuh program itu, beliau berkata, liga tersebut diadakan untuk memilih pasukan untuk mewakili daerah Tawau ke pertandingan peringkat negeri yang dijangka akan berlangsung hujung September depan.

Menurutnya, kejohanan itu juga adalah salah satu program tahunan Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Persekutuan untuk menari golongan belia menyertai aktiviti sihat serta bermanfaat.

“Sukan sebegini sememangnya amat baik dalam memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum tanpa mengira keturunan dan kedudukan, di samping mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Nizam berkata, sukan futsal dilihat antara platform terbaik dalam melahirkan warganegara yang sihat, berdisiplin, bertanggungjawab serta peka dengan halatuju hidup serta perjuangan mereka.

“Mereka akan lebih menyedari hakikat bahawa untuk berjaya, harus mempunyai kesihatan yang baik, saling hormat-menghormati dan saling bekerjasama,”katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.