Kerajaan Negeri perkukuh inisiatif pro-rakyat melalui peningkatan hasil negeri

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 4:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

RANAU: Peningkatan hasil negeri membolehkan Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih banyak inisiatif pro-rakyat, termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Menurut beliau dalam kenyataan media, hasil negeri meningkat secara konsisten sejak tahun 2021 (RM5.49 bilion) kepada RM6.96 bilion pada 2022, dan terus bertambah kepada RM6.97 bilion pada tahun 2023.

Advertisement"Ini membolehkan Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih banyak inisiatif pro-rakyat, termasuk dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan," katanya ketika merasmikan Program Ceramah Motivasi SMJ & Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am 2025 di Dewan Masyarakat Ranau kelmarin (20 Feb).

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada pendidikan menerusi pelbagai inisiatif, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) yang memberikan bantuan antara RM1,500 hingga RM2,000 kepada lebih 10,000 pelajar B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Selain itu, Bantuan Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang memberikan bantuan RM200 kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 untuk keperluan peperiksaan; Bantuan Aktiviti PIBG Sekolah (BAGUS) yang menyediakan pembiayaan RM2,000 kepada PIBG sekolah bagi menjalankan aktiviti pendidikan, manakala inisiatif SUKSES memberikan dana RM3,000 kepada setiap sekolah di Sabah.