Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam soal akidah, pembangunan dan kesejahteraan ummah.
Beliau berkata kerajaan sentiasa menyokong pembangunan syiar Islam sebagaimana yang giat dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) serta Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
“Ia selaras dengan dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mengutamakan pembangunan modal insan, agensi seperti Muis dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah telah bekerjasama dengan Yayasan Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk menyediakan peluang biasiswa kepada pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang tempohnya hampir tamat Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana besar untuk menaik taraf infrastruktur masjid dan surau di seluruh Sabah serta pelbagai latihan dan pembangunan modal insan untuk para du’at.
“Insya-Allah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan datang pula kita akan terus memperjuangkan agenda memperkasakan dakwah dan memajukan pembangunan Islam selaras dengan kehendak serta keperluan semasa.
“Ini termasuklah transformasi dakwah digital seiring dengan Revolusi Industri Keempat, penempatan pendakwah bersepadu di kawasan pedalaman dan pulau-pulau serta program khas belia Madani bagi melahirkan pendakwah muda yang berwibawa,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Du’at di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.
Dalam hal ini Hajiji berkata Kerajaan Negeri berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan Imam-Imam Daerah di seluruh Sabah yang dipilih daripada kalangan Imam- Imam Kariah.
“Sebagai insentif tambahan kepada golongan agamawan ini sukacita saya umumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Muis akan menambah elaun Imam-Imam Daerah sebanyak RM1,000 sebulan. Seramai 33 Imam Daerah akan mendapat manfaat daripada penambahan elaun ini,” katanya.
Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan Guru Kafa dan Imam Rawatib masing-masing sebanyak RM200.
Bagi tujuan ini Kerajaan Negeri akan membelanjakan hampir RM15 juta setahun untuk manfaat 2,480 Guru Kafa dan 1,643 Imam Rawatib di Sabah, katanya.
Selain itu menurut beliau seramai 394 Guru Takmir akan menerima elaun khas sekali bayar sebanyak RM500 setiap seorang.
“Mudah-mudahan pada masa depan apabila ekonomi Sabah terus berkembang pesat dan kedudukan kewangan negeri semakin kukuh elaun anda semua akan terus dapat ditambah dari semasa ke semasa insya-Allah!” katanya.