Kerajaan pantau situasi banjir di Sabah – Hajiji

20 Feb 2026 • 4:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota penyelamat melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di Sabah.
image is not available
Penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang memantau rapi situasi banjir di kawasan yang terjejas.

Beliau berkata, semua sumber yang ada sedang digerakkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk menyalurkan bantuan dan membantu mangsa di kawasan terjejas.

"Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana untuk mengaktifkan jentera bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hajiji berkata, menurut JPBN seramai 336 individu daripada 111 keluarga telah dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas.

"JPBN juga sedang memantau situasi di Sandakan dan Paitan," katanya.

**media[3440450]**

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Sementara itu, dalam perkembangan lain, sumbangan daripada kerajaan negeri turut disalurkan kepada 16 mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Tanjung Aru pada Rabu lalu.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut di PPS Kampung Sembulan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved