Kerajaan pastikan hasil petroleum Terengganu beri manfaat pada rakyat

LocalPolitics
11 Mar 2024 • 4:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap komited dalam memastikan hasil petroleum dari Terengganu digunakan untuk projek dan program yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata sehingga kini, kerajaan telah menyalurkan Pemberian Wang Ehsan sebanyak RM786 juta bagi membantu Kerajaan Negeri berkenaan memenuhi keperluan bayaran gaji serta komitmen kontrak.

“Kerajaan Persekutuan (juga) terbuka untuk berbincang dan mempertimbangkan cadangan dari kerajaan negeri Terengganu.

“Cadangan tersebut boleh dipersetujukan bersama untuk melibatkan program serta projek yang boleh dibiayai melalui pemberian Wang Ehsan bagi memanfaatkan langsung kepada rakyat Terengganu, terutamanya dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan infrastruktur,” katanya ketika menggulung usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. -Bernama